top of page

 DOKUMEN TAMBAHAN UNTUK PERMOHONAN VISA BAGI YANG BERMAHRAM

Dokumen Sokongan (Mahram Datuk Kandung)

Untuk perempuan yang berumur bawah 45 tahun dan lelaki bawah 18 tahun yang menggunakan mahram DATUK KANDUNG, salinan sijil kelahiran (jemaah + bapa), salinan kad pengenalan bapa, dan surat keizinan bapa perlu disediakan sebagai dokumen sokongan. Salinan sijil lahir perlu disahkan di Jabatan Pendaftaran Negara dan Wisma Putra. Salinan kad pengenalan bapa perlu disahkan di Jabatan Pendaftaran Negara. Surat keizinan bapa perlu ditandatangani dihadapan Magistret/ Hakim/ Mahkamah Sesyen/ Pesuruhjaya Sumpah dan disahkan di Wisma Putra.

 

 

Dokumen Sokongan (Mahram Bapa Saudara Kandung)

Untuk perempuan yang berumur bawah 45 tahun dan lelaki bawah 18 tahun yang menggunakan mahram BAPA SAUDARA KANDUNG, salinan sijil kelahiran (jemaah + bapa + bapa saudara), salinan kad pengenalan bapa dan surat keizinan bapa perlu disediakan sebagai dokumen sokongan. Salinan sijil lahir perlu disahkan di Jabatan Pendaftaran Negara dan Wisma Putra. Salinan kad pengenalan bapa perlu disahkan di Jabatan Pendaftaran Negara. Surat keizinan bapa perlu ditandatangani dihadapan Magistret/ Hakim/ Mahkamah Sesyen/ Pesuruhjaya Sumpah dan disahkan di Wisma Putra.

 

Dokumen Sokongan (Mahram Adik Beradik Lelaki Kandung)

Untuk perempuan yang berumur bawah 45 tahun dan lelaki bawah 18 tahun yang menggunakan mahram ADIK BERADIK LELAKI KANDUNG (umur atas 18 tahun), salinan sijil kelahiran (jemaah + adik beradik), salinan kad pengenalan bapa/suami, dan surat keizinan bapa/suami perlu disediakan sebagai dokumen sokongan. Salinan sijil lahir perlu disahkan di Jabatan Pendaftaran Negara dan Wisma Putra. Salinan kad pengenalan bapa/suami perlu disahkan di Jabatan Pendaftaran Negara. Surat keizinan bapa/suami perlu ditandatangani dihadapan Magistret/ Hakim/ Mahkamah Sesyen/ Pesuruhjaya Sumpah dan disahkan di Wisma Putra.

 

Dokumen Sokongan (Salinan Sijil Lahir Anak)

Untuk perempuan yang berumur bawah 45 tahun dan lelaki bawah 18 tahun yang menggunakan mahram AYAH, salinan sijil kelahiran perlu disediakan sebagai dokumen sokongan. Salinan sijil kelahiran anak ini perlu disahkan di Jabatan Pendaftan Negara dan Wisma Putra.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Dokumen Sokongan (Salinan Surat Nikah)

Untuk perempuan yang berumur bawah 45 tahun dan menggunakan mahram SUAMI, salinan surat nikah diperlukan sebagai dokumen sokongan. Salinan surat nikah perlu disahkan oleh Jabatan Agama dan Wisma Putra.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Untuk dokumen sokongan bagi lain-lain jenis mahram (mahram bapa tiri/ mahram bapa angkat/ mahram bagi mualaf/ warga asing), jemaah di minta untuk merujuk dengan pihak syarikat (D Arrasyh Travel) bagi keperluan dokumen yang perlu disediakan.

SMALL TITLE

  • Facebook Social Icon
  • Twitter Clean
  • w-googleplus

Ini adalah laman web                 Hj Johari bin Mat Isa untuk kelolaan  D Arrasyh Travel and Tour.

 Tel: 05-4584340

         019-5003340

Whatsapp:019-4617448

bottom of page